Risiko penggunaan ubat tanpa kawalan

Risiko penggunaan ubat tanpa kawalan | Penggunaan ubat yang berlebihan dan untuk tempoh masa yang lama boleh menyebabkan kesan-kesan yang buruk kepada badan.

Risiko-penggunaan-ubat-tanpa-kawalan


 Antara kesan-kesan pengunaan ubat tanpa kawalan adalah:


Kebergantungan ubat
Penggunaan ubat tertentu secara berpanjangan boleh menyebabkan kebergantungan (dependent). Ktahuilah dos dan tempoh rawatan yang boleh diambil tanpa mengakibatkan kebergantunagn ubat. Sebab itulah pentingnya pandangan dannasihat doktor dan ahli farmasi.


Kesan sampingan
Seriusnya kesan sampingan bergantung kepada jenis ubat dan individu yang mengambilnya. Sesetengah kesan adalah ringan dan sekiranya serius mungkin memerlukan atternatif dan penggantian dengan ubat lain.

Ketahui kesan sampingan yang dijangka sebelum mengambil sebarang ubat dengan membaca label / lampiran yang terdapat bersama kotak ubat. Laporkan kesan sampingan dan reaksi alahan kepada doktor anda.


Interaksi dengan ubat lain
Pesakit yang menghidapi lebih daripada satu penyakit memerlukan pelbagai jenis ubat untuk rawatan. Walaupun ubat sedemikian boleh memberi manfaat, tetapi risiko untuk berlaku interaksi antara ubat-ubat tersebut boleh berlaku. Jadi, adalah penting untuk memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi semua jenis ubat yang sdang anda ambil sebelum mengambil ubat lain.


Xu says: Mesti peka dengan apa yang anda makan.

Catat Ulasan

0 Ulasan