Tips melatih anak menggunakan tandas | Potty Training

melatih anak berak kencing sendiri

~Pada umur berapa paling sesuai ajar anak ke tandas?
Lebih kurang pada usia 18 bulan hingga 2 tahun anak dah mula pandai bercakap, meminta dan menerima arahan.

~Saya mampu membeli lampin, biarkan je lah sampai anak sendiri pandai ke tandas!?
Kajian barat menunjukkan anak yang lewat berhenti memakai lampin, menunjukkan perkembangan kognitif yang perlahan. Memakai lampin seolah-olah membiarkan anak tinggal dalam keadaan sentiasa bernajis, ke sana kemari. Dari segi perspektif Islam, kesucian adalah penting bagi membina minda yang cerdas.

Seringkali kita dengar keluhan ibu bapa apabila selama 3 tahun mengajar anak Iqra' namun masih tak menunjukkan kemajuan yang progresif. Akhirnya ibu bapa putus asa, lalu menunggu sahaja sehingga anak masuk Pra-sekolah dan melepaskan tanggungjawab mengaji Quran kepada guru sepenuhnya. Fikirkanlah.

~Saya ibu berkerjaya, tiada masa melatih anak sekecil 18 bulan ke tandas!?
Untuk Ibu yang berkerja, boleh mulakan pada hujung minggu. Dan diteruskan di rumah pengasuh. Terangkan kepada pengasuh untuk sama-sama membantu mengajar anak membuang air sendir di tandas. Hadkan bilangan lampin yang diberikan kepada pengasuh, jadi anak anda akan cepat belajar. Sekiranya dah berjaya, berikan cenderamata atau hadiah kepada pengasuh kerana membantu kita.

Mari kita lihat cara langkah demi langkah:

Persediaan

  • Belikan potty training yang colorfull dan letakan di dalam tandas 
  • Cipta arahan mudah. Bagi anak berumur 18 bulan, mereka lebih cekap menyebut perkataan dengan dua suku kata berulang seperti su-su, ma-ma, bye-bye.. Ibu boleh tukarkan perkataan "kencing" kepada "wee wee" yg lebih mudah pada lidah anak.
  • Psikologi anak. Terapkan perasaan malu dan terangkan secara baik kenapa dia perlu buang air di tandas.

Fasa pengenalan

  • Biarkan anak tanpa lampin pada waktu siang.
  • Atur anak ke tandas. Pergi ke tandas setiap 30 minit ke 1 jam sekali. Ia perlu untuk seminggu pertama.
  • Sentiasa memperingatkan anak untuk ke tandas. Kadang-kadang anak-anak ni leka bermain sampai tak sedar dah tercicir.
  • Ke tandas lebih kerap. Pada hari dia kerap menyusu botol dan hari hujan. Sentiasa ingatkan dia untuk ke tandas.

Fasa latihan

  • Wajibkan anak buang air sebelum tidur siang ataupun sebelum nak berjalan naik kereta.
  • Kalau rasa anak tidur siang lama sangat, 2 ke 3 jam. Kejut dan angkatnya ke tandas untuk buang air.
  • Dalam perjalanan yang panjang seperti balik kampung, singgah di mana-mana hentian bawa anak ke tandas untuk buang air kecil.

Fasa provisional 

  • Pastikan peringkat pertama hingga ketiga dah sukses.Bermakna pada sebelah siang anak dengan sendirinya dah pandai ke tandas.
  • Pada peringkat ni nak ajar anak tidur malam tanpa lampin.
  • Pastikan anak dah buang air kecil sebelum tidur. Sekiranya anak masih menyusu botol, pastikan anak buang air kecil satu jam selepas menyusu. 
  • Anak yang tertidur masa menyusu. Angkat dan bawa ke tandas untuk buang air kecil.
  • Kejutkan anak lebih kurang 2 ke 3 jam selepas anak tidur malam, untuk aturkan dia buang air kecil. Selepas tu, insyaallah anak akan tahan sampai ke pagi.
  • Sentiasa sabar dan jangan putus asa dengan kerenah anak. Jangan putus asa dan malas sekiranya anak kadang tercicir buang air di merata tempat. Anak memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan rutin buang air ke tandas.

Fasa berterusan

  • Berikan ganjaran. Boleh lah belikan seluar dalam yang mempunyai karekter kartun kegemaran mereka sebagai ganjaran.
  • Memuji dengan ikhlas. Anda boleh juga memuji kejayaan anak dan meraikannya dengan bertepuk tangan dan memberikan ciuman.
  • Membangkitkan semangat anak dengan menghebahkkan kepada Atuk, Nenek, mak dan bapa saudaranya apabila pulang ke kampung. Pasti anak akan berasa bangga dan berusaha lebih lagi.

Anak Buang Air Besar
Sentiasa alert dengan tanda-tanda awal anak nak buang air besar. Sesetengah budak akan menunjukan sikap seperti menyorok di balik meja atau pun kentut terlebih dahulu. Kalau nampak tanda-tanda terus bawa ke tandas. Pada permulaan, anak akan takut untuk duduk dalam toilet seorg diri. Jadi temankan dia sambil beri kata-kata perangsang.

Apapun, yang paling penting sebelum disiplin kan anak, kita sebagai ibu dan ayah perlu disiplin dulu barulah boleh ajar anak. Anak tak akan padai dalam sehari. Perlukan masa jugak. Jadi, selamat mencuba!

Annur: Jangan lupa sediakan mop siap-siap ye mommies! hehehe Good luck!

Catat Ulasan

0 Ulasan