Teruk! Baby Fael naik ruam lepas cucuk vaksin MMR


Maaf cakaplah..tapi kali ni Syu rasa apa yang mommies anti vaksin (vaccination pro-choice) cakap tu memang betul. 

Tengok apa jadi kat adek Fael lepas kena cucuk MMR bulan lepas. (T_T)

Lepas cucuk terus bengkak kat tempat cucuk pastu naik demam tinggi sampai 40°C. 

Pastu Syu tak tidur-tidur malam sebab tak henti-henti monitor suhu baby, jerlum dengan air daun bunga raya putih.

Lepastu sarungkan baby dengan stokin yang dah direndam air asam jawa pekat.

Tak henti-henti jerlum sebab syrup paracetamol nampaknya tidak membantu. Langsung! 

Esoknya, mula naik bintik-bintik merah penuh satu badan dari muka sampai ke kaki. 

Syu apa lagi. Terus bawa pergi klinik semula, Syu meluru direct ke meja staff nurse yang bertugas! 


"Kenapa dengan anak saya? Tengok ni!" aku bentak. 


Terkebil-kebil staff nurse tu tak terkata apa. Mana mungkin dia lupa dengan baby Fael yang dia cucuk minggu lepas. 


"Doktor mana doktor? Bagi saya cakap dengan doktor" 

Sambil aku menonong masuk ke bilik doktor dan menunjukkan kesan-kesan ruam merah yang ada pada badan adik Fael.

Tak cukup dengan tu, dalam mulut dan lelangit adik jugak ada naik bintik. 

Adik refuse minum susu for 2 days, taknak makan nasik. Memang hancur dan luluh hati seorang ibu! 

Aku syak yang bintik merah ni adalah measles. Doktor pun check. Tetiba doktor nak inject lagi macam-macam. 

Sorry! Memang tak la!!

I dah tak sanggup lagi tengok adek Fael diperlakukan macam bahan eksperimen terhadap najis vaksin yang jelas-jelas didalangi puak yahudi zionis laknatullah! 

Dengan perasaan marah, Syu keluar dari bilik doktor dan menghentam pintu deras-deras. 

Padan muka!

Syu terus bawa adik Fael balik rumah bagi minum jus kucai yang diperbuat menggunakan air beralkali dari penapis kangen water, dan bagi makan minyak kelapa dara homemade, pastu sapu extra virgin olive oil kat rashes tu. 

Keesokan harinya bintik merah habis keluar gila-gila, sampai penuh muka dan secara ajaib demam Dik Fael pun terus kebah. 

Tengahari tu jugak I bawak semula ke klinik nak tunjuk balik kat doktor..

Hambek kau!

Doktor pun terkejut tengok! Kurang 24jam lepas ambil natural herbs remedy dengan rawatan secara alami demam dah helok! 







**************************************************************************************
JADI..? 
Begitulah sampel karangan propaganda berserta fake testimonial atau misleading statement yang meyakinkan. Dan insyaAllah lebih 70% pembaca akan tertipu.


**************************************************************************************************



Baby naik ruam lepas inject vaksin MMR Kesan sampingan vaksin mmr Demam selepas vaksin mmr Bengkak selepas suntikan vaksin cucuk mmr 9 bulan ruam seakan campak MMR autism

Notakaki mulus Mamy Syu

Jangan marahh arr..hihi. 

So, pengajaran hari ni adalah "Testimonies are not reliable" Jadi dalam hal yang berkaitan saintifik, vaksin terutamanya, kita harus bergantung pada statistik, dan studies (kajian) yang mendalam?


Kebenaran Mengenai Vaksin MMR

Syu personally merasakan memang wajar orang ramai ambil tahu dan cakna tentang kebenaran vaksin MMR dan penyakit Measles, Mumps dan Rubella ini. 

Masyarakat yang berilmu adalah masyarakat yang bermaklumat. 

Biarpun sekecil-kecil maklumat, jika ianya bermanfaat maka hukumnya harus untuk kita kongsi dan sebarluas maklumat tersebut.

Sedikit maklumat berkenaan kontroversi vaksin MMR. Seorang pakar bedah British menyiarkan hasil kajiannya di dalam jurnal perubatan, The Lancet 1998.

Sejak itu, krisis ketakutan masyarakat kepada vaksin telah bermula dan tersebar luas ke seluruh Eropah.

Mommies boleh baca lanjut mengenai kajian Wakefield di |SINI| dan boleh nilai sendiri tahap kebolehpercayaan kajian beliau. 

Atau boleh cari buku |INI| di pasaran untuk pemahaman yang lebih jelas.

Kesan sampingan vaksin MMR (measles-mumps-rubella)

Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang kesan sampingan vaksin MMR

Ok. Kesan sampingan yang common selepas menerima suntikan vaksin MMR adalah sakit dan bengkak di tempat suntikan. 

Selain daripada itu, bayi kalian juga berkemungkinan mengalami demam, serta ruam dan selesema ringan dalam tempoh 7 hingga 10 hari selepas suntikan.

Reaksi badan untuk setiap bayi adalah berbeza.

Demam dan ruam biasanya berlaku susulan respon badan bayi dalam pembentukan antibodi selepas pendedahan kepada antigen (iaitu vaksin).

Keadaan ini boleh berlaku sama ada ketika bayi menerima Dos 1 MMR (9 bulan) atau Dos 2 MMR (12 bulan). 

Tapi kebanyakan ibu mengadu yang bayi mereka mengalami demam tinggi dan ruam ini selepas mendapat Dos 2 MMR.

By the way, it's a good sign. Itu petanda bahawa bayi kalian sedang dalam proses membina antibodi mereka dengan giat dan secara tidak langsung proses ini menyebabkan peningkatan suhu badan bayi itu sendiri.

Jadi mommies teruskan jerlum badan bayi di antara sela masa untuk dos sirap paracetamol seterusnya ya. Sirap paracetamol boleh diberikan sekitar 6 - 8 jam sekali sahaja dalam sehari.


Risiko Alahan Suntikan MMR

Syu ingat lagi few months back, semasa checkup bulanan Nufael, nurse ada pesan untuk cuba introduce baby dengan telur untuk check sama ada anak alah kepada telur atau tak. 

Katanya baby yang ada alahan kepada telur mungkin berisiko terhadap pengambilan vaksin MMR

Kalau ikut kata nurse tu, dia kata virus MMR ini telah dikultur di dalam telur putih, jadi vaksin ini mungkin ada kandungan DNA telur. 

So untuk memastikan baby Fael boleh menerima suntikan vaksin MMR tanpa reaksi alahan, ibunya kena lah bagi baby try makan telur dulu sebelum suntikan diberikan bulan berikutnya. Gittew! 


Ah by the way, kajian-kajian selanjutnya selepas itu mendapati bahawa kes alahan teruk kepada vaksin MMR sebenarnya bukanlah disebabkan oleh telur, tapi lebih kepada komponen lain seperti gelatin (yang juga sangat jarang berlaku). 

Ramai je rupanya baby yang alergik kepada telur telah menerima suntikan vaksin MMR tanpa sebarang komplikasi dan kesan sampingan. 

Jadi pada tahun 1998, Advisory Committee on Immunization Practice (ACIP) telah remove alahan telur yang serius daripada senarai kontra-indikasi vaksin measles dan mumps.

Pada pendapat Syu, walaupun penat dan tak cukup tidur menjaga adik Fael demam selepas cucuk MMR, Syu tetap memilih untuk immunize my kids sebab kesan sampingan vaksin ni hanya sementara, bukan selamanya.

Berbanding kalau anak kena measles tanpa antibodi, nauzubillah. Bukan mintak, tapi anak tu akan mengalami komplikasi jangkitan otak dan gangguan pernafasan yang mengakibatkan kecacatan kekal atau lebih teruk membawa maut.

Wallahua'lam.

Semoga bermanfaat. Baby naik ruam lepas inject vaksin MMR vaksin mmr punca autism Kesan sampingan vaksin mmr Demam selepas vaksin mmr Bengkak selepas suntikan vaksin cucuk mmr 9 bulan ruam seakan campak MMR autism

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. eeyyy kentut laa.baru ingat hakak AS betul2 dah jadi antivaxx..peh u got me.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y